Penyediaan Draf Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 merupakan peringkat ketiga dalam sistem perancangan guna tanah dan fizikal negara seperti mana diperuntukkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 iaitu selepas Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan Struktur Negeri (RSN).
Penyediaan DRTSJ 2035 telah melalui beberapa peringkat kajian dan perlu dipublisitikan kepada orang awam untuk mendapatkan maklumbalas dan bantahan terhadap isi kandungannya [Subseksyen 13(1) Akta 172]. DRTSJ 2035 akan diwartakan selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor dan akan menggantikan semua Rancangan Tempatan terdahulu yang disediakan dalam kawasan MPSJ di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.